Cari @ Amanz

Di kalangan pengeluar peranti menjual peranti lama dengan warna baru ialah trend semasa. Di kalangan pengeluar permainan video pula, trend semasa ialah menjual semula permainan lama dalam edisi remastered. Sejak setahun lalu Capcom telah menghasilkan edisi remastered untuk beberapa permainan Resident Evil. Mereka mungkin mempunyai perancangan untuk menghasilkan edisi yang sama untuk Resident Evil : Code Veronica.

Permainan ini tidak ada di dalam senarai asal permainan Resident Evil yang akan menerima edisi remastered. Kewujudannya hanya diketahui selepas ia memasuki pangkalan data UKS, badan pengkelasan permainan video di Jerman. Buat masa ini ia hanya disenaraikan untuk konsol PlayStation 4. Code Veronica ialah permainan yang mempunyai tempat yang istimewa di hati kami kerana ia yang pertama kami beli pada konsol Dreamcast lebih 15 tahun yang lalu.

Kami sudahpun mempunyai kesemua edisi remastered setakat ini dan Code Veronica akan melengkap koleksi sementara menanti Resident Evil 2 Remasterd yang akan menerima peningkatan grafik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd