Cari @ Amanz

Ramai yang menantikan kemunculan semula Lenovo Moto X yang dahulunya adalah peranti utama keluaran Lenovo. Takhta kini berpindah ke peranti Moto Z. Sungguhpun begitu Lenovo masih ingin meneruskan legasi peranti ini dan rekaan model terkini Moto X 2017 tertiris ke arena web.

Peranti mempunyai kerangka logam dengan panel belakang yang melengkung. Seperti pada Moto G5, pengimbas cap jari berbentuk bujur diletakkan pada dagu peranti. Ia dilengkapi sistem dwi-kamera pada bahagian belakang dengan bonjol kamera yang menjadi rekaan standard Lenovo sejak kebelakangan ini. Lambang sayap kelawar Motorola dikekalkan pada bahagian belakang. Seperkara lagi Moto X 2017 kini ialah sebuah peranti kelas  pertengahan yang hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 GB dan storan 32 GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd