Cari @ Amanz

Bezel kecil dan nisbah skrin kepada permukaan hadapan yang tinggi ialah trend yang dimulakan oleh Xiaomi Mi Mix. LG G6 dan Samsung Galaxy S8 ialah dua peranti yang dihasilkan bagi mengikuti jejak langkah Mi Mix. Terkini Huawei turut mengesahkan mereka sedang membangunkan peranti tanpa bezel. Perbezaannya ialah mereka mahu maju setapak lagi dengan peranti tanpa bezel sepenuhnya.

Ini diumumkan sendiri oleh Richard Yu, CEO barangan pengguna di Huawei di dalam majlis pelancaran P10 di China. Dengan rekaan skrin sepenuhnya ini Huawei akan menjadi pelopor dan bukan sekadar mengikut apa yang dilakukan pengeluar lain.

Honor Magic yang dilancarkan tahun lalu mempunyai skrin melengkung pada kesemua permukaan hadapan dan belakang. Tidak mengejutkan rekaan Magic diperhalusi sehingga menjadi peranti tanpa bezel sepenuhnya. Persoalannya bagi pengguna adakah ini praktikal?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd