MSI Malaysia Membuka Kedai Atas-Talian Bagi Memudahkan Anda Mendapatkan Produk MSI

Diterbitkan pada Mac 28, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada masa kini, ia telah menjadi trend untuk semua jenama mempunyai kedai atas-talian tersendiri. Terkini, pengeluar produk memfokuskan multimedia dan permainan video, iaitu MSI turut telah melancarkan kedai atas-talian mereka untuk pengguna tempatan.

Melalui MSI Official Online Store, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk keluaran MSI – terdiri daripada komputer riba, desktop, peranti realiti-maya, kad grafik, papan induk, dan pelbagai peranti lain. Anda juga boleh menggunakan laman sama untuk membuat perbandingan produk dan sebagainya dengan mudah melaluinya.

Bagi anda yang meminati peralatan komputer, boleh menyemak laman jualan MSI hari ini dalam memilih dan melihat penawaran MSI, selain menyemak lokasi khidmat pelanggan mereka melalui peta interaktif yang disediakan MSI Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami