(Ura-Ura) Apple Watch Generasi Ke-Tiga Akan Mempunyai Sokongan Selular

(Ura-Ura) Apple Watch Generasi Ke-Tiga Akan Mempunyai Sokongan Selular

Diterbitkan pada Mac 28, 2017 oleh .

Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan jumlah jualan tertinggi. Ini dicapai walaupun ia masih tidak mempunyai sebarang sokongan selular menggunakan SIM tidak seperti jam tangan Android Wear. Menurut pandangan Christopher Rolland, seorang penganalisa di Susquehanna Financial Group Apple Watch generasi ke-tiga akan akhirnya mempunyai sokongan selular.

Beliau mula mendengar desas desus ia akan disokong menerusi slot SIM. Apabila digabungkan dengan cip selular berkuasa rendah,hayat bateri Apple Watch terkini ini tidak akan terlalu terjejas. Hayat bateri yang pendek ialah masalah utama jam tangan pintar Android Wear yang mampu berfungsi tanpa tambatan kepada peranti pintar. Ini juga sebab utama mengapa Apple menunggu sehingga iterasi ketiga sebelum membawakan sokongan panggilan selular secara terbina.

Rolland juga percaya Apple akan menggunakan Air Pods sebagai pengganti gagang telefon untuk melalukan panggilan menerusi Apple Watch kelak. Adakah anda memiliki jam tangan pintar? Sekiranya ya adakah fungsi panggilan dari pergelangan tangan ini fungsi yang amat anda perlukan?


TIPS & ULASAN