Pra-tempahan Untuk Sony Xperia XZs Dan XA1 Dibuka – Harga Bermula RM 1199

Pra-tempahan Untuk Sony Xperia XZs Dan XA1 Dibuka – Harga Bermula RM 1199

Diterbitkan pada Mac 28, 2017 oleh .

Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa dua peranti pintarnya yang ditunjukkan di acara Mobile World Congress, Sony Xperia XZs dan XA1 boleh dipra-tempah di 11street dan Sony Mobile Store dan Sony Centre yang terpilih bermula esok 29 Mac sehingga 9 April.

Sony Xperia XZ

Pra-tempahan peranti Xperia yang terbaru ini juga hadir dengan beberapa hadiah yang menarik untuk para-pembeli.

Bagi mereka yang menempah peranti Xperia XZs, mereka akan menerima fon kepala Bluetooth Sony SBH80, pengecas pantas UCH12W, kerangka silikon lutsinar dan juga kaca pelindung skrin yang bernilai RM697.

Untuk pra-tempahan Xperia XA1 pula, mereka yang menempah peranti tersebut akan menerima dok pengecas DK60, kerangka silikon lutsinar dan kaca pelindung skrin yang bernilai RM268.

Peranti Xperia XZs akan hadir dengan pilihan warna Ice Blue, Warm Silver, dan Black. Xperia XA1 pula akan hadir dengan pilihan warna Black, White, Pink Dan Gold.Menurut Sony, harga peranti Sony Xperia XZs ialah RM 2899 dan XA1 pula ialah RM1199.

Xperia XA1


TIPS & ULASAN