Spesifikasi Xiaomi Mi 6 Dan Mi 6 Plus Tertiris

Spesifikasi Xiaomi Mi 6 Dan Mi 6 Plus Tertiris

Diterbitkan pada Mac 28, 2017 oleh .

Xiaomi tidak hadir ke MWC tahun ini untuk melancarkan peranti baru. Ramai peminat jenama ini menantikan kemunculan peranti utama mereka untuk 2017 iaitu Xiaomi Mi 6. Spesifikasi peranti ini tertiris. Nampaknya seperti iPhone dan Galaxy S8, ia bakal hadir dalam dua saiz skrin berbeza.

Kita mulakan dengan Xiaomi Mi 6 yang dilengkapi skrin 5.15″ HD penuh, pemproses Snapdragon 835, RAM 4 GB dan storan 32/64/128 GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel Sony IMX400 dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri sebesar 3200 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang masih menggunakan Android Marshmallow ini.

Xiaomi Mi 6 Plus pula dilengkapi skrin 5.7″ HD penuh, pemproses Snapdragon 835, RAM 6 GB dan storan 64/128 GB. Kamera utama berkembar 12 + 12 Megapixel Sony IMX362 dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri sebesar 4500 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Nougat.

Xiaomi dipercayai akan melancarkan Mi 6 dan Mi 6 Plus seawal bulan hadapan. Tetapi ini bergantung kepada bekalan pemproses Snapdragon 835 yang kini diborong oleh Samsung untuk Galaxy S8. Tahun lalu Xiaomi Mi 5 ialah peranti dengan spesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga mampu milik. Kelemahan masih wujud pada bahagian kamera. Diharap model tahun ini akan memperbaiki kesemua kelemahan tahun lalu.


TIPS & ULASAN