Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan sokongan perkongsian masa-nyata pada Google Maps, dan kini Facebook turut memperkenalkan sokongan yang lebih kurang sama pada aplikasi permesejan mereka, Facebook Messenger.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi lokasi masa-nyata – yang mana sangat berguna sekiranya anda ingin memberitahu masa ketibaan anda kepada rakan-rakan lain supaya mereka tidak ternanti-nanti dengan janji “on the way“.

Facebook Live Location

Facebook mengehadkan perkongsian minima sesuatu perkongsian masa-nyata ini terhad kepad 60 minit sahaja, dan menjadikan privasi pengguna lebih terlindung lagi.

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna peranti Android dan iOS bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd