Cari @ Amanz

Tencent merupakan salah satu nama yang tidak asing dikalangan pengguna internet di Asia. Mereka sedia popular dengan penawaran aplikasi permesejan WeChat, selain turut mempunyai syarikat seperti Supercell dan lain-lain dibawah portfolio mereka.

Terkini, terus memperluaskan portfolio mereka, Tencent dilihat telah membuat pelaburan pada Tesla, dan mengambil sebanyak 5% pegangan pada syarikat kenderaan elektronik terkemuka berkenaan.

Tencent dikatakan membayar sekitar $1.7 bilion untuk pegangan berkenaan. Pelaburan Tencent ini juga memberikan kesan positif terhadap harga saham Tesla.

Selain pada Tesla, akhir-akhir ini, Tencent juga agak aktif dalam pelaburan pada arena kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd