Cari @ Amanz

Dalam arena telefon pintar, boleh dikatakan HTC yang dahulunya merupakan pesaing terdekat Samsung sedikit ketinggalan dari hari ke hari. Pada tahun ini, mereka telah memperkenalkan HTC U Ultra dan U Play – dimana kedua-duanya masih gagal menerima sambutan ramai, terutamanya kerana harga penawaran serta spesifikasi yang dilihat sedikit kurang berbanding pengeluar lain.

Walaubagaimanapun, HTC masih tidak berputus asa, dan dilihat ingin membawa inovasi baru pada telefon pintar mereka.

Terkini, menurut laporan baru, HTC Dijangka memperkenalkan telefon pintar baru mereka yang dinamakan HTC U sekitar bulan April ini.

Telefon pintar ini dijangka menggunakan skrin bersiaz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 16-megapixel, serta sokongan antaramuka HTC Sense 9.

Walaubagaimanapun, salah satu ciri yang akan menjadi fokus pada HTC U adalah integrasi sensor pada bingkai telefon berkenaan – sekaligus membawa kaedah interaksi baru melaluinya.

Konsep ini sedia dipertontonkan sebelum ini, dan nampaknya HTC ingin menjayakan ia melalui HTC U ini. Pengguna boleh menatal pada kiri atau kanan bingkai peranti dalam mengawal beberapa aplikasi, melihat senarai aplikasi dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi telefon pintar ini oleh HTC sekitar bulan April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd