Pemain Media Pada PlayStation Menambah Sokongan Memainkan Video 4K

Pemain Media Pada PlayStation Menambah Sokongan Memainkan Video 4K

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Melalui PlayStation 4 Pro, anda sedia boleh menikmati beberapa kandungan pada resolusi 4K, tetapi sangat terhad – seperti melalui aplikasi YouTube dan Netflix. Kini, Sony membawa perubahan kepadanya, dan menawarkan kemaskini pemain media yang menawarkan sokongan video 4K.

Ini sekaligus membolehkan anda memainkan sebarang video pada resolusi 4K dengan terus melalui PlayStation 4 Pro anda.

Pada masa yang sama, kemaskini ini turut membolehkan pengguna PlayStation VR untuk menikmati video 360-darjah pada resolusi 4K melaluinya.

Apa pun, seperti biasa, anda perlukan televisyen dengan resolusi 4K untuk benar-benar mendapatkan pengalaman menontonnya.


TIPS & ULASAN