Demo Percuma Mafia 3 Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC Boleh Dimuat Turun

Demo Percuma Mafia 3 Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Demo mampu memberikan petunjuk sama ada sesebuah permainan berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak. Di Malaysia dengan harga permainan video yang amat mahal., mencuba sebelum membeli adalah perlu sebelum terasa wang dibelanjakan dengan sia-sia. Pihak 2KGames hari ini memberikan muat turun percuma demo untuk permainan Mafia 3.

Ia boleh dimuat turun pada platform PlayStation 4, Xbox One, PC dan Steam. Beberapa misi awal boleh dimainkan sebelum demo berakhir. Sekiranya permainan memenuhi citarasa pengguna, keseluruhan permainan boleh dibeli dengan potongan 50%. Tawaran ini hanya diberikan sehingga 17 April. Kami membeli Mafia 3 beberapa bulan yang lalu tetapi sehingga kini ia masih di dalam kotak kerana tiada masa santai kerana membawakan berita terkini untuk pembaca Amanz.


TIPS & ULASAN