Carian
Kemaskini iOS 10.3 Memberikan Storan Tambahan Pada Peranti
March 29, 2017 Effi Saharudin

Biasanya selepas kemaskini sistem operasi diterima, rungutan didengari kerana masalah pepijat yang ditemui. Semalam kemaskini iOS 10.3 mula boleh dimuat turun pemilik peranti Apple. Ramai kini melaporkan ruang storan pada peranti mereka bertambah selepas berpindah ke iOS 10.3

“Penambahan” ruang storan ini berlaku kerana perpindahan dari sistem HFS+ kepada Apple File System (APFS) yang lebih efisien. Hasilnya ialah fail yang sama menggunakan ruang yang lebih kecil. Bagi peranti 32 Gigabyte, pengguna boleh mendapat semula sehingga 3 Gigabyte storan tambahan. Pada peranti lebih besar ia mencecah sehingga 7 Gigabyte.

Bagi peranti tanpa sokongan kad MikroSD, penggunaan ruang storan lebih efisien ini amatlah berguna. Sudahkah anda mengemaskini ke iOS 103?

Komen