Cari @ Amanz

Mereka yang sering menguji kemampuan CPU dan kad grafik pasti arif dengan syarikat perisian penanda aras Futuremark. Syarikat ini telah membangunkan beberapa perisian yang digunakan untuk menanda aras prestasi pelbagai jenis komputer dan peranti mudah-alih. Antara yang kerap digunakan ialah PCMark dan 3DMark.

Futuremark baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan untuk dua perisian PCMark Vantage dan 3DMark Vantage. Kedua-dua perisian ini pertama kali dikeluarkan hampir 10 tahun yang lalu dan telah digunakan dengan meluas pada pelbagai jenis komputer.

Perisian-perisian ini telahpun berusia dan digantikan oleh PCMark8 dan 3DMark 11  yang kini mempunyai sokongan menanda-aras pelbagai aspek pengkomputeran serta sentiasa dikemaskini untuk menyokong teknologi-teknologi yang terbaru.

Menurut Futuremark, kedua-dua perisian PCMark Vantage dan 3DMark Vantage ini akan dibuang dari laman muat turun Futuremark pada 11hb April kelak dan sokongan untuk perisian ini akan ditamatkan pada hari yang sama.

Ini mungkin satu kebetulan, tetapi tarikh 11 April ini juga merupakan hari di mana Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows Vista.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd