Cari @ Amanz

Semasa masih kanak-kanak kami gemar menonton siri animasi The Jetson. Di dalam siri ini, penduduk bumi di masa hadapan menggunakan kenderaan terbang berbentuk seperti piring terbang sebagai pengangkutan harian. Sehingga kini masih tiada kereta terbang dijual secara komersial di dunia. Tetapi terdapat beberapa syarikat yang gigih ingin menjadikannya realiti seperti Airbus.

 Identifed Flying Object ialah dron yang mampu membawa dua orang penumpang yang direka oleh firma Jet Capsule dari Itali. Ia unik berbanding konsep dron penumpang yang dilihat sebelum ini kerana kelihatan seperti sebuah piring terbang. Lapan buah enjin elekrtik digunakan untuk menghasilkan gaya tujahan. IFO dikatakan mampu terbang secara menegak dan mempunyai kelajuan maksimum 120 Kilometer sejam. Apabila berlaku kecemasan, pod penumpang akan tertanggal dan payung terjun akan terbuka. Buat masa ini IFO masih lagi sebuah konsep dan tiada perancangan untuk menghasilkannya dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd