Samsung Melancarkan Paparan LED Untuk Kegunaan Di Pawagam Dengan Sokongan 4K HDR

Samsung Melancarkan Paparan LED Untuk Kegunaan Di Pawagam Dengan Sokongan 4K HDR

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Kami sudah menonton filem lebih dari tiga dekad. Pelbagai teknologi layar perak telah kami lihat dan cuba. Sejak kebelakangan ini teknologi Digital Light Processing (DLP) menggantikan penggunaan projektor filem fizikal sekaligus memastikan kualiti filem konsisten sepanjang tempoh tayangan. Samsung hari ini melancarkan Samsung Cinema Screen yang merupakan paparan LED untuk kegunaan pawagam.

Ia adalah skrin LED bersaiz 10.4 meter yang menyokong resolusi 4K dan paparan HDR. Ini sekaligus menjadikannya sistem pawagam pertama yang menyokong HDR di pasaran. Gambar 4K HDR dipadankan dengan sistem audio yang dihasilkan dengan kerjasama Harman Cinema Group. Teknologi skrin terbaru ini mempunyai keterangan maksimum 146 foot-lamberts (fL) yang sepuluh kali ganda lebih terang berbanding sistem projektor digital yang digunakan di pawagam sekarang.

Paparan 4K dengan sokongan HDR sudah mula digunakan pada peranti mudah alih dan televisyen di ruang tamu. Penggunaannya secara meluas pada pawagam ialah sesuatu yang sudah lama kami dambakan. Kami hanya mampu berharap kualiti filem yang ditayangkan adalah sebaik sistem paparan yang digunakan.


TIPS & ULASAN