Bixby – Pembantu Maya Digital Daripada Samsung Yang Turut Membawa Kaedah Interaksi Baru

Bixby – Pembantu Maya Digital Daripada Samsung Yang Turut Membawa Kaedah Interaksi Baru

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Melengkapkan pengenalan telefon pintar Galaxy S8 adalah pembantu maya digital terbaru daripada Samsung, dinamakan sebagai Bixby. Seperti kebanyakkan pembantu maya digital lain, ia kini turut hadir dengan sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk mengenal pasti konteks dan sebagainya.

Samsung sendiri memasarkan pembantu maya digital mereka ini sebagai kaedah interaksi baru. Menurut Samsung, pengguna boleh melakukan input berasaskan suara dengan mudah menggunakannya untuk apa sahaja perkara yang boleh dilakukan input menggunakan sesentuh.

Samsung Bixby

Selain daripada sokongan input berasaskan suara, pengguna juga boleh melihat pelbagai kemaskini semasa seolah-olah Goolge Now melalui Bixby Home.

Bixby Home ini terletak pada bahagian kiri dari skrin utama, selain turut hadir dengan sokongan butang fizikal yang memudahkan untuk mengaktifkannya. Butang fizikal ini terletak pada bahagian kiri peranti.

Samsung Bixby

Disamping itu, Bixby Visual turut disertakan pada bahagian kamera Samsung Galaxy S8 bagi memudahkan pengguna mengenal-pasti sesuatu objek dengan pantas – dan pada masa yang sama melakukan pembelian. Tetapi seperti biasa, ia terhad untuk beberapa lokasi sahaja buat masa ini.

Walaupun menyertakan Bixby, pihak Samsung tidak membuang Google Assistant, dan ia masih boleh diakses dengan menekan butang Home maya untuk seketika.

Samsung Bixby

Samsung Bixby

Bixby dijangka akan belajar berdasarkan kepada penggunaan seseorang, selain memberikan jawapan berdasarkan kepada konteks dengan lebih baik.

Kecerdasan buatan Bixby ini juga dijangka bakal diintegrasikan pada pelbagai produk Samsung lain selain daripada telefon pintar.


TIPS & ULASAN