Samsung DeX Membolehkan Telefon Anda Digunakan Sebagai Komputer

Samsung DeX Membolehkan Telefon Anda Digunakan Sebagai Komputer

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Melengkapkan pengenalan telefon pintar Galaxy S8 adalah aksesori untuknya – dimana salah satu yang mencuri perhatian adalah sokongan Samsung DeX. Samsung DeX secara ringkasnya membolehkan telefon pintar anda dihubungkan ke monitor dan membolehkan anda menggunakan ia sebagai sebuah komputer biasa.

Untuk tujuan ini, Samsung menyertakan sokongan antaramuka desktop padanya apabila dihubungkan melalui Samsung DeX. Pengguna akan perlu mendapatkan dok khusus Samsung DeX ini untuk menggunakannya.

Samsung DeX

Samsung DeX

Ketika dalam antaramuka desktop, pengguna seperti biasa boleh menggunakannya seumpama komputer biasa. Semua tetingkap aplikasi natif Samsung dioptimasikan untuk paparan desktop, selain aplikasi Microsoft Office.

Pengguna juga akan dipaparkan dengan notifikasi dan panggilan pada bahagian penghujung bawah kiri desktop – dimana anda boleh membalas mesej, atau memilih untuk membatalkan panggilan.

Samsung DeX

Samsung DeX

Samsung turut menyertakan Galaxy Apps ketika dalam antaramuka ini untuk membolehkan anda memuat-turun sebarang aplikasi yang dioptimasikan untuk paparan Samsung DeX. Buat masa ini, Samsung DeX dilihat hanya menyokong peranti Galaxy S8 dan Galaxy S8+ sahaja.


TIPS & ULASAN