Samsung Gear 360 Generasi Baru Hadir Dengan Sokongan 4K

Samsung Gear 360 Generasi Baru Hadir Dengan Sokongan 4K

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan Gear 360, iaitu sebuah kamera dengan dua lensa yang membolehkan pengguna merakamkan video 360-darjah dan menontonnya menggunakan sebarang peranti realiti-maya.

Untuk tahun 2017 ini, Samsung Gear VR menerima kemaskini baru, membawakan sedikit perubahan dari segi rekaan, dan turut menyertakan sokongan rakaman video pada resolusi mencapai 4K.

Samsung Gear 360

Melalui rekaan baru ini, Samsung dilihat ingin memudahkan ia didirikan atau dipegang berbanding dengan versi sebelumnya. Kedudukan kamera masih lebih kurang sama – dimana dua lensa digunakan untuk rakaman 360-darjah. Pemprosesan juga boleh dilakukan terus melalui telefon pintar Samsung seperti sebelum ini. Samsung menggunakan kamera 8.4-megapixel untuk tujuan ini.

Samsung Gear 360

Samsung Gear 360

Disamping itu, Samsung juga kini menyertakan sokongan perkongsian kandungan masa-nyata melalui Gear 360 – membolehkan anda membuat siaran langsung video 360 menggunakan platform seperti Facebook, YouTube dan sebagainya.

Gear 360 (2017) ini menyokong telefon pintar Galaxy S8, Galaxy S8+, Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy S6, Galaxy S6 Edge, Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A7 (2017).

Samsung Gear 360


TIPS & ULASAN