Windows 10 Creators Update Akan Ditawarkan Bermula 11 April

Windows 10 Creators Update Akan Ditawarkan Bermula 11 April

Diterbitkan pada Mac 29, 2017 oleh .

Microsoft hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan kemaskini Windows 10 terbaru, iaitu Windows 10 Creators Update bermula daripada 11 April 2017 ini. Seperti biasa, semua pengguna Windows 10 sedia ada boleh menaik-taraf secara percuma kepada versi baru ini.

Windows 10 Creators Update memfokuskan kepada membolehkan pengguna memperlihatkan kreativiti mereka dengan lebih mudah – termasuk dengan sokongan integrasi 3D dan sebagainya. Untuknya, Microsoft menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Paint 3D yang memudahkan anda membuat lakaran berbentuk 3D. Disamping itu, Windows 10 Creators Update turut menyertakan Game Mode untuk pengalaman permainan lebih baik, sokongan kadar pencahayaan, dan penambah-baikkan pada Windows Hello.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 10, mungkin boleh bersedia untuk kemaskini baru ini yang akan hadir bermula 11 April ini.


TIPS & ULASAN