Samsung hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+. Kedua-duanya sedia memukau hati ramai pengguna dengan rekaan yang lebih menawan dan elegan berbanding sebelumnya.
Berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar berkenaan, Lee Jui Siang (VP IT & Mobile Business, Samsung Malaysia) mengatakan kedua-dua telefon berkenaan akan dibawa ke pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun, untuk fasa permulaan, hanya tiga warna akan ditawarkan di Malaysia, iaitu hitam, kelabu dan juga emas.
Samsung Malaysia akan membuka pra-tempahan untuk Galaxy S8 ini pada 11 April higga 13 April 2017 kelak. Seperti sebelum ini, Samsung Malaysia dijangka menawarkan diskaun untuk pra-tempahan, selain penyertaan beberapa perkara tambahan seperti aksesori dan sebagainya.
Samsung Malaysia dijangka akan berkongsi mengenai harga jualan dan tarikh penawaran peranti berkenaan menjelang tarikh pra-tempahan berkenaan.