Cari @ Amanz

Samsung baru-baru ini telah mengambil-alih Harman, yang mana memiliki jenama seperti Harman Kadron, JBL, AKG dan sebagainya – serta mempunyai kepakaran dalam arena audio. Dengan kini memiliki kepakaran dalam arena audio, Samsung tidak sia-sia akannya, dan kini mengumumkan mereka akan menawarkan fon telinga berjenama AKG bersama-sama pembelian Galaxy S8.

AKG Earphone

Samsung sebelum ini sedia mengumumkan kerjasama dengan AKG pada CES awal tahun dan mengatakan akan menyertakan penawarannya bersama telefon pintar terbaru mereka.

AKG sedia terkenal dengan produk audio berkualiti mereka, dan semestinya penawaran bersama Galaxy S8 ini akan menarik lebih ramai peminat Samsung mendapatkan telefon pintar ini.

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih tidak diketahui. Tetapi pihak Samsung mengatakan pra-tempahan akan dimulakan di Malaysia pada 11 April 2017 ini.l

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd