Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S8 dilancarkan lewat malam semalam dan membawakan perubahan rekaan yang drastik berbanding Galaxy S7 Edge. Butang navigasi kapasitif digantikan dengan atas skrin. Kerana skrin memanjang, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan menimbulkan sedikit keraguan dari pihak kami tentang kemudahan mengaksesnya. Ura-ura terkini didengari hari ini ialah iPhone Edition turut akan meletakkan pengimbas TouchID pada panel belakang.

Seperti Galaxy S8, ura-ura mengatakan iPhone Edition akan mempunyai hampir semua-skrin pada bahagian hadapan. Ini menyebabkan lokasi pengimbas TouchID pada bahagian dagu tidak lagi boleh diletakkan pada bahagian hadapan. Sebelum ini ura-ura mengatakan sistem imbasan ultrasonik terbina pada skrin bakal digunakan. Ini menjadikan ura-ura baru ini sedikit aneh.

Samsung Galaxy S8 diura-urakan hanya meletakkan pengimbas cap jari pada panel belakang pada saat akhir kerana kesuntukan masa untuk menggunakan pengimbas ultrasonik terbina. Mungkin teknologi yang dibangunkan Synaptics ini belum bersedia untuk kegunaan secara meluas. Sekiranya benar pengimbas TouchID berpindah ke belakang, adakah ia akan membuatkan anda tawar hati untuk memiliki iPhone Edition?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd