Cari @ Amanz

Kemaskini Creators Update untuk sistem operasi Windows 10 akan hadir pada 11 April nanti. Tetapi sekiranya anda tergolong di dalam kumpulan pengguna-pengguna kumpulan Windows Insider, anda sudah boleh memuat-turun fail ISO kemaskini tersebut di laman Microsoft.

Menurut sumber-sumber dalaman Microsoft, fail ISO Windows 10 Build 15063 tersebut adalah nama kod yang diberikan kepada kemaskini untuk Creators Update untuk pengguna Windows Insider. Kemaskini kecil di masa hadapan akan diberi nama kod 15063.xxxx.

Fail-fail ISO ini boleh dimuat-turun oleh orang ramai di laman web Microsoft. Walaubagaimanapun nampaknya Microsoft telahpun mengunci fail-fail ini daripada dimuat turun. Berita baik disini ialah tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum kesemua pengguna boleh memuat turun kemaskini secara rasmi. Penanti yang tidak lama untuk 11 April ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd