Cari @ Amanz

Pengesan kesihatan ialah kategori peranti boleh-pakai yang mencatatkan jualan tertinggi tahun lalu. Di dalam kategori ini Garmin dan Xiaomi merajai dua tempat teratas pengeluar dengan peratusan pasaran terbesar. Satu lagi nama yang besar di dalam dunia pengesan kesihatan ialah Garmin. Mereka melancarkan Garmin Forerunner 935 yang mensasarkan golongan atlet yang serius.

Pengesan kesihatan ini mempunyai pengimbas nadi yang berfungsi 24/7. Sistem GPS, altimeter, barometer dan kompas turut disertakan. Ia menganalisa sesi latihan yang dilakukan oleh pemakai sebelum memberikan maklumat lebih mendalam. Pemakai boleh mengetahui sama ada sesi latihan mendatangkan kesan negatif, positif ataupun tiada sebarang kesan.

Data boleh dimuat naik ke Garmin Connect untuk disimpan. Hayat bateri ialah 24 jam dengan GPS terpasang dan sehingga 50 jam di dalam mod penjimatan bateri UltraTrac.

Bagi atlit triatlon, Forerunner 935 boleh mengesan perubahan aktiviti sukan yang dilakukan secara automatik. Dengan ini pengguna boleh menumpukan 100 peratus kepada latihan dan tidak terganggu untuk menjejak aktiviti yang dilakukan. Forerunner 935 dijual pada harga $499.99 (~RM2210).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd