ZOTAC Memperkenalkan Barisan Kad Grafik Berasaskan NVIDIA GTX 1080 Ti

ZOTAC Memperkenalkan Barisan Kad Grafik Berasaskan NVIDIA GTX 1080 Ti

Diterbitkan pada Mac 30, 2017 oleh .

Hadir lagi kad-kad grafik baru berdasarkan model NVIDIA GTX 1080 Ti, dan kini, ZOTAC baru sahaja mengumumkan empat kad grafik terbaru khusus untuk mereka yang ingin prestasi terbaik.

Empat kad grafik ini temasuklah kad grafik GTX 1080 Founders Edition, ZOTAC GTX 1080 Ti Blower, ZOTAC GTX 1080 Ti AMP! Edition dan juga ZOTAC GTX 1080 Ti Amp! Extreme.

Dua daripada kad ini, ZOTAC GTX 1080 Ti Founders Edition dan Blower menggunakan penyejuk meniup untuk menyejukkan cip GPU kad grafik tersebut. Versi Founders Edition pula menggunakan penyejuk yang sama digunakan oleh NVIDIA, manakala edisi Blower menggunakan konsep peniup yang sama dengan rekabentuk yang berbeza. Kedua-dua kad ini juga mempunyai kelajuan GPU asas, iaitu 1480MHz dan kelajuan Boost Clock 1582MHz.

Dua kad grafik yang terutama oleh ZOTAC pula adalah GTX 1080 Ti Amp! Edition dan Amp! Extreme. Kedua-dua kad ini menggunakan penyejuk GPU IceStorm, dimana Amp! Edition menggunakan dua kipas, manakala versi Amp! Extreme menggunakan tiga kipas. Selain dari itu, kad-kad versi Amp! dan Amp! Extreme ini juga menggunakan kerangka belakang ExoArmor untuk menyokong berat penyejuk GPU ini supaya papannya tidak bengkok.

Dari segi overclocking pula, kedua-dua kad grafik ini mempunyai kelajuan GPU yang lebih pantas dari biasa. GTX 1080 Ti Amp! Edition mempunyai kelajuan asas 1569MHz dan Boost Clock sebanyak 1683MHz, manakala versi Amp! Extreme pula mempunyai kelajuan asas 1675MHz dan Boost Clock 1765MHz.


TIPS & ULASAN