Aplikasi Astro GO Diberi Nafas Baru – Bakal Hadir Dengan Lebih Fungsi

Aplikasi Astro GO Diberi Nafas Baru – Bakal Hadir Dengan Lebih Fungsi

Diterbitkan pada Mac 31, 2017 oleh .

Selain dari menonton rancangan TV Astro menerusi dekoder, penonton juga boleh menontonnya menerusi aplikasi Astro On The Go. Pada hari ini ia telah dijenamakam semula menjadi Astro GO, dan turut mempunyai pelbagai fungsi baru serta ditawarkan percuma walaupun pengguna bukan pelanggan Astro.

Sekiranya anda merupakan pelanggan Astro, anda boleh menonton kesemua 67 saluran yang ditawarkan dan boleh dikongsi sehingga empat peranti berlainan. Bagi pengguna aplikasi Astro GO yang tidak melanggan Astro, mereka boleh menonton 11 saluran menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi Astro GO yang baru dikemaskini juga turut menawarkan 3 saluran baru yang eksklusif, dan tidak terdapat pada dekoder. Saluran tersebut ialah Comedy Central, K-PLUS dan juga ANIPLUS.

Pihak Astro turut menerangkan yang mana pelbagai lagi fungsi akan hadir untuk aplikasi ini termasuklah fungsi Chromecast kepada peranti lain, fungsi menghadiahkan siri atau rancangan TV kepada pengguna lain, dan juga kawalan khusus seperti sudut pandang berlainan untuk rancangan sukan seperti bolasepak.

Aplikasi ini terdapat untuk platform Android dan iOS dan khusus untuk tempoh terhad, pengguna boleh menonton kesemua saluran yang terdapat di Astro secara percuma selama dua bulan iaitu sehingga 31 Mei.

Muat-turun: Astro GO (iOS)

Muat-turun: Astro GO (Android)


TIPS & ULASAN