Telegram Mula Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara

Telegram Mula Memperkenalkan Sokongan Panggilan Suara

Diterbitkan pada Mac 30, 2017 oleh .

Telegram sebelum ini sedia menguji sokongan sokongan panggilan suara pada aplikasi mereka, dan hari ini Telegram secara rasminya mengumumkan sokongan panggilan tersebut kepada semua pengguna secara berperingkat – bermula daripada Eropah.

Telegram mengatakan sokongan panggilan suara ini membawakan fungsi penyulitan penuh – sekaligus mengelak daripada pihak ketiga mencuri dengar perbualan anda. Secara kasar, fungsi panggilan suara ini berfungsi lebih kurang sama dengan WhatsApp. Walaubagaimanapun, tiada tab khusus ditawarkan untuk panggilan suara, sebaliknya ikon panggilan dipaparkan pada buku alamat.

Telegram Calls

Telegram mengatakan ia turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan dalam mengoptimasikan kualiti panggilan antara pengguna. Selain itu, Telegram turut menawarkan ciri untuk mengawal siapa yang boleh buat panggilan kepada anda, dan siapa sebaliknya.

Ciri panggilan suara ini diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada Eropah, dan mungkin akan hadir kepada pengguna lain dalam beberapa minggu atau bulan lagi.


TIPS & ULASAN