Samsung Bixby Hanya Menyokong Bahasa Inggeris Dan Korea Ketika Pengenalan

Samsung Bixby Hanya Menyokong Bahasa Inggeris Dan Korea Ketika Pengenalan

Diterbitkan pada Mac 30, 2017 oleh .

Samsung telah sedia memperkenalkan Bixby tidak lama sebelum ini, dan semalam mereka telah melancarkan ia bersama-sama telefon pintar Galaxy S8. Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Samsung mengatakan Bixby hanya menyokong input suara dalam bahasa Inggeris dan Korea sahaja ketika fasa pengenalan ini.

Perkara ini telah menjadi kebiasaan ketika pengenalan sesuatu produk, termasuk Google Now dan Siri yang hanya menyokong bahasa terhad ketika pengenalan. Walaubagaimanapun, dengan kemaskini-kemaskini akan datang, kita mungkin akan melihat sokongan lebih banyak bahasa untuk input suara.

Selain daripada itu, Samsung turut mengatakan ciri pembelian melalui Bixby Vision hanya menyokong 11 negara ketika pengenalan, termasuk Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan UK.


TIPS & ULASAN