Samsung Galaxy S8 Microsoft Edition Akan Dihasilkan Dengan Pelbagai Aplikasi Tambahan

Samsung Galaxy S8 Microsoft Edition Akan Dihasilkan Dengan Pelbagai Aplikasi Tambahan

Diterbitkan pada Mac 31, 2017 oleh .

Data menunjukkan Windows 10 Mobile ialah sistem operasi ketiga paling popular di dunia. Sekilas pandang kedudukan di tempat ketiga ini bukanlah sesuatu yang buruk. Tetapi hakikatnya peratusan pengguna Windows 10 Mobile adalah amat rendah dengan pegangan 0.3% pasaran. Oleh itu Microsoft kini mengubah strategi dan menghasilkan aplikasi untuk sistem operasi lain.

Samsung Galaxy S8Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus yang baru sahaja dilancarkan bakal hadir dalam versi Microsoft Edition. Versi ini berbeza berbanding versi biasa kerana hadir dengan aplikasi Cortana, OneDrive, Outlook, Skype, dan MSN News secara terbina. Pada model biasa hanya Office disertakan.

Paling menarik bagi kami ialah Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus Microsoft Edition dijual menerusi laman Microsoft secara terus. Harga jualan ialah $749.99 (~RM 3318) untuk Galaxy S8 dan $849.99 untuk Galaxy S8 Plus (~RM 3760). Buat masa ini ia hanaya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN