Tarikh Pelancaran Destiny 2 Diumumkan Serentak Dengan Trailer Terkini

Diterbitkan pada Mac 31, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bungie ialah nama besar di dalam pembangunan permainan video genre fiksyen sains. Mereka menghasilkan Halo dan kemudian melancarkan Destiny. Kesinambungan kepada siri Destiny amat dinantikan peminat MMO ini. Hari ini tarikh pelancaran Destiny 2 diumumkan serentak dengan trailer terkini.,

Kepada yang tidak mahu menonton trailer di atas, Destiny 2 akan mula dijual pada 8 September ini. Ia bakal hadir pada konsol PlayStation 4, Xbox One dan pertama kali pada PC. Pemain perlu bekerjasama untuk mengalahkan Red Legion dan mengembalikan keamanan di dunia Destiny. Pra-tempahan boleh dilakukan sekarang dengan ujian Beta dijangka bermula pada musim panas mendatang.,

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami