Honor 8 Pro Tertiris – Honor V9 Dijenamakan Semula Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada Mac 31, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor V9 dilancarkan di China pada penghujung Februari lalu. Bagi yang menantikan phablet dengan sistem dwi-kamera ini ada berita baik bagi anda. Honor V9 akan dijenamakan semula sebagai Honor 8 Pro dan dijual untuk pasaran global. Maklumat kewujudan peranti ini tertiris pada laman Honor Russia. Ia dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada 5 April hadapan.


Dari segi spesifikasi ia ialah peranti dengan skrin 5.7″ QHD, pemproses HiSilicon Kirin 960, RAM 6 GB dan storan 64 GB. Dwi-kamera utama 12 + 12 Megapixel f/2.2 dipadankan dengan kamera selfie 8-Megapixel f/2.0. Kamera utama mampu merakam pada resolusi 4K. Peranti ini menggunakan Android Nougat dan akhir sekali dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh.

Jenama Honor biasanya dijual pada harga lebih mampu milik. Ini menjadikan Honor 8 Pro sebagai alternatif kepada Huawei P10 Plus.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami