Sistem Panggilan Suara Telegram Menggunakan Teknologi Penyulitan Emoji

Sistem Panggilan Suara Telegram Menggunakan Teknologi Penyulitan Emoji

Diterbitkan pada Mac 31, 2017 oleh .

Telegram baru-baru ini baru sahaja mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sistem panggilan suara kepada semua penggunanya secara berperingkat, dan ia akan menggunakan sistem penyulitannya yang tersendiri.

Sistem penyulitan panggilan suara Telegram ini agak menarik, kerana ia akan menunjukkan empat jenis emoji yang berbeza, dan jika keempat-empat emoji yang ditunjukkan adalah berpadanan untuk kedua-dua pengguna, Telegram berkata bahawa panggilan tersebut adalah 100% selamat.

Menurut Telegram, emoji-emoji ini dipilih secara rawak daripada 333 jenis emoji yang tersedia kini, dan ini membolehkan Telegram menggunakan 12.3 bilion kombinasi emoji.

Nampaknya era penggunaan emoji dalam sistem penyulitan dan kata laluan perisian sudah bermula. Mana tahu, tidak lama lagi mungkin pengaturcaraan perisian juga akan menggunakan ikon-ikon ini.


TIPS & ULASAN