Natilus – Dron Gergasi Dengan Kemampuan Membawa Kargo Sehingga 9000 Kilogram

Natilus – Dron Gergasi Dengan Kemampuan Membawa Kargo Sehingga 9000 Kilogram

Diterbitkan pada Mac 31, 2017 oleh .

Perkembangan teknologi dron berlaku pada kadar yang amat pesat. Kurang empat tahun yang lalu dron digunakan sebagai alat riadah untuk peminat seni fotografi. Kini pelbagai dron dibangunkan sebagai kenderaan terbang tanpa pemandu dan penghantaran pizza of Dominos. Kesemua dron yang kami sebutkan ini masih lagi bersaiz kerdil jika dibandingkan dengan dron Natilus.

Dron bersaiz gergasi ini dibangunkan oleh syarikat Ottermatics untuk mengurangkan kos penghantaran kargo di antara benua. Natilus sepanjang 200 kaki direka untuk membawa kargo sehingga 900 kilogram. Ottermatics akan memulakan ujian tahun ini menggunakan prototaip sepanjang 30 kaki. Ia bakal terbang selama 30 jam dari Los Angeles ke Hawaii dengan membawa kargo seberat 230 kilogram.

Menurut Ottermatics kos menggunakan Natilus adalah lebih murah berbanding penghantaran menggunakan pesawat kargo biasa. Mereka berharap perkhidmatan Natilus dapat dimulakan menjelang 2020.


TIPS & ULASAN