Carian
Twitter Tidak Lagi Mengira @NamaPengguna Pada Had Aksara Ketika Membalas Tweet
March 31, 2017 Aman

Twitter sebelum ini telah mula menawarkan pengguna membalas dengan lebih banyak aksara, dimana tidak lagi mengira penyertaan media dalam had 140 aksara mereka. Hari ini, laman sosial berkenaan membuat satu lagi perubahan, dimana kini mereka tidak lagi mengira balasan @namapengguna pada had aksara berkenaan.

Ini secara tidak langsung memberikan pengguna lebih aksara ketika menaip sesuatu mesej balasan.

Twitter Reply

Pada masa yang sama, melalui perubahan ini, nama pengguna yang dibalas akan dipaparkan pada bahagian atas Tweet berkenaan dan bukannya sebelum sesuatu Tweet. Perkara ini telah diuji oleh Twitter melalui versi beta sejak beberapa bulan lepas – dan bagi kami sendiri ia agak mengelirukan pada awalnya dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengannya.

Bagi anda, adakah anda menyukai perubahan baru ini?

Komen