Carian
KPDNKK : Aplikasi Harga Runcit Petrol & Diesel Yang Tular Memaparkan Info Tidak Tepat
March 31, 2017 Aman

Sejak minggu ini, kerajaan telah mengubah kaedah harga baru petrol dan diesel diumumkan kepada secara mingguan, dan perkara ini turut membawa kepada beberapa aplikasi diterbitkan di Google Play Store dan Apple App Store yang mengatakan menawarkan lokasi stesen minyak dengan harga yang lebih rendah.

Bergerak pantas, kini KPDNKK telah mengeluarkan kenyataan dimana aplikasi berkaitan adalah mengelirukan dan menimbulkan salah faham dikalangan pengguna. Menurut KPDNKK, semua stesen hanya menjual pada harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja.

Sejak pengumuman harga mingguan ini, terdapat beberapa aplikasi yang hangat dikongsikan di laman sosial, termasuk salah satunya adalah MyPetrol. Tinjuan kami mendapati aplikasi berkenaan sudah tidak lagi ditawarkan melalui Google Play Store buat masa ini. Berikut merupakan kenyataan penuh KPDNKK berkaitan isu ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapat makluman bahawa terdapat aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna mengemaskini harga jualan runcit petrol dan diesel di semua stesen minyak di Malaysia. Paparan harga yang tidak tepat melalui aplikasi tersebut telah menimpulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengguna.

Semua stesen hanya dibenarkan menjual petrol dan diesel pada harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagaimana yang dimaklumkan melalui laman web KPDNKK. Pihak KPDNKK tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Maklumat dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya situasi menjadi di luar kawalan.

Komen