Tablet Berjenama BlackBerry Mungkin Hadir Tidak Lama Lagi

Tablet Berjenama BlackBerry Mungkin Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 1, 2017 oleh .

BlackBerry telah sedia melesenkan jenama mereka kepada pengeluar seperti TCL sebelum ini, dan kita telah melihat peranti seperti DTEK60 hadir ke pasaran hasil kerjasama berkenaan. Malah, BlackBerry sendiri telah mengatakan mereka tidak lagi akan mengeluarkan perkakasan, dan akan melesenkan perkara berkenaan kepada pengeluar ketiga.

Kini, lanjutan daripadanya, pada pengumuman kewangan BlackBerry untuk suku tahun terkini, syarikat teknologi berkenaan berkongsi kelak kita mungkin akan melihat lebih banyak perkakasan berjenama BlackBerry di pasaran, termasuk sebuah tablet.

Menurut CEO BlackBerry, salah satu rakan kerjasama mereka ingin menghasilkan tablet berjenama BlackBerry, dan ingin mendapatkan hak untuk tujuan berkenaan. Selain tablet, syarikat tersebut juga dikatakan sedang melihat kepada arena peranti berhubung yang lain.

Apa pun, berbeza dengan BlackBerry PlayBook sebelum ini, sekiranya tablet ini dihasilkan, ia mungkin dijana menggunakan Android, dan dilengkapi dengan sokongan sekuriti daripada BlackBerry.


TIPS & ULASAN