Cari @ Amanz

Sistem pengecasan dengan sambungan MagSafe diiklankan oleh Apple sebagai sistem yang dapat menyelamatkan komputer riba dari rosak apabila wayar tersadung. Ia dipaparkan secara meluas di dalam siri iklan Mac vs PC suatu ketika dahulu. Dengan MacBook 2015 dan MacBook Pro 2016, sistem MagSafe digantikan dengan port USB-C.

Reaksi dari pengguna MacBook adalah negatif. Mereka merasakan sistem MagSafe bukan sahaja lebih selamat dan membenarkan mereka menggunakan pengecas sedia ada. Sebuah paten baru difailkan oleh Apple dan memberikan petunjuk MagSafe akan kembali pada MacBook. Berita buruk di sini ialah ia hanyalah penyesuai USB-C ke MagSafe.

Di pasaran sekarang sudah ada beberapa penyesuai dengan fungsi yang serupa seperti yang dihasilkan oleh Griffin. Tidak diketahui sama ada Apple akan menghasilkan penyesuai USB-C ke MagSafe ini di masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd