Hayat Bateri Yang Diiklankan Untuk MacBook Didapati Paling Tepat Berbanding Pesaing
Artikel Berkaitan

Hayat Bateri Yang Diiklankan Untuk MacBook Didapati Paling Tepat Berbanding Pesaing

Diterbitkan pada Apr 1, 2017 oleh .

Komputer riba amat penting bagi insan seperti kami yang amat kerap bekerja di luar pejabat. Oleh itu hayat bateri ialah ciri paling penting bagi penulis seperti kami bagi memastikan berita dapat dimuat naik sebelum kehabisan bateri. Setiap kali komputer baru dihasilkan, pengeluar akan mengiklankan hayat penggunaan baterinya. Sejauh manakah kebenaran di sebalik pengiklananan ini?

Menurut laporan laman Which? Hayat bateri yang diiklankan oleh Komputer riba Apple MacBook adalah yang paling tepat apabila dibandingkan dengan kegunaan sebenar.Mereka melakukan ujian ke atas tujuh komputer riba yang dihasilkan oleh pelbagai pengeluar. Hasilnya ialah Macbook mampu bertahan lebih lama dari yang diiklankan.

Ujian dilakukan dengan menonton video  dan melayari web secara berterusan sehingga kehabisan bateri. Dari grafik di atas perbezaan hayat bateri yang diiklankan dengan dunia sebenar berbeza mengikut pengeluar.Keputusan ujian ini menarik kerana pada awalnya pengguna merungut MacBook Pro Touchbar yang dilancarkan mempunyai hayat bateri yang amat teruk. Apple segera mengeluarkan kemaskini yang berjaya memperbaiki masalah ini.

Apakah komputer riba yang anda gunakan sekarang? Adakah anda berpuasa hati dengan kegunaan dunia sebenar berbanding yang diiklankan?


TIPS & ULASAN