Cari @ Amanz

CodePlexMenjadi kebiasaan untuk syarikat besar mengurangkan kos operasi mereka dan menutup perkhidmatan yang kurang popular. Terkini, Microsoft telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan perkhidmatan hos projek sumber terbuka mereka, CodePlex.

Bagi yang tidak mengenali akan CodePlex, ia membolehkan para pembangun untuk hos akan projek perisian yang sedang dibangunkan mereka, dan beroperasi sebagai alternatif untuk Google Code dan juga SourceForge ketika itu. Walaubagaimanapun, beberapa tahun ini, pembangun lebih terbuka untuk menggunakan GitHub dan Gitlab untuk projek mereka berbanding alternatif seperti CodePlex ini.

Pembangun tidak lagi boleh membuat projek baru di CodePlex, dan projek sedia ada akan berubah kepada status read-only bermula Oktober kelak. Pada 15 Disember 2017, Microsoft akan menamatkan ia sepenuhnya.

Sebagai alternatif, Microsoft meminta para pembangun beralih ke perkhidmatan GitHub dan memudahkan proses import ke perkhidmatan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd