Cari @ Amanz

Terdapat beberapa acara yang memfokuskan kepada permainan video di Malaysia, dan terkini, salah satu penerbitan digital tempatan, iaitu DigitalNewsAsia bakal menganjurkan acara festival permainan video mereka tersendiri dinamakan sebagai HotShotz.

HotShotz ini bakal berlangsung antara 21 hingga 23 Julai 2017 kelak, dan turut disokong oleh MDEC dan juga Sony Interactive Entertainment. Ia bakal diadakan di KDU University College.

HotShotz

Acara berkenaan bakal dibahagikan kepada beberapa perkara, termasuk mempertontonkan sejumlah permainan daripada pelbagai penerbit seperti Sony dan Codemasters, mempertontonkan permainan indie, PC Modding, dan juga pertandingan kosplay. Seperti kebanyakkan festival permainan video, pertandingan eSukan juga akan diadakan melalui PC dan juga PS4.

Untuk anda yang ingin mengikuti perkembangan HotShotz, boleh mendaftarkan diri di laman rasmi mereka dan mendapatkan pelbagai info berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd