YouTube Live Untuk Peranti Mudah Alih Kini Boleh Digunakan Oleh Akaun Dengan 1000 Pengikut

YouTube Live Untuk Peranti Mudah Alih Kini Boleh Digunakan Oleh Akaun Dengan 1000 Pengikut

Diterbitkan pada Apr 3, 2017 oleh .

Penstriman secara langsung kini menjadi kegilaan pengguna akaun media sosial. Ia disokong di Facebook, Instagram dan YouTube. Di YouTube sebelum ini, hanya akaun dengan 10,000 pengikut mempunyai akses kepada fungsi penstriman langsung menerusi peranti mudah alih. Pihak YouTube telah mengubah prasyarat ini dan fungsi ini diaktifkan bagi akaun dengan minimum 1000 pengikut.

Bagi peranti Android, hanya yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow ke atas disokong. Pada iOS pula peranti harus sekurang-kurangnya menggunakan iOS 8. Platform penstriman langsung manakah yang sering anda gunakan?


TIPS & ULASAN