Grab sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan membuat pelaburan sekitar $700 juta di Indonesia untuk tempoh 4 tahun akan datang. Dan kini, lanjutan daripadanya, Grab mengumumkan pengambil-alihan salah satu startup di Indonesia, iaitu Kudo – memfokuskan kepada pembayaran atas-talian secara tunai.
Harga pengambil-alihan tidak diumumkan, tetapi mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan melangkaui $100 juta.
Dengan pengambil-alihan ini, pasukan dan platform Kudo akan diintegrasikan pada Kudo, selain Grab sendiri akan turut memperluaskan penawaran Kudo kepada beberapa perkhidmatan lain seperti insurans dan juga pinjaman.