Pengguna Nintendo Switch Melaporkan Konsol Mereka Melengkung Kerana Panas

Pengguna Nintendo Switch Melaporkan Konsol Mereka Melengkung Kerana Panas

Diterbitkan pada Apr 3, 2017 oleh .

Nintendo Switch ialah konsol dengan jualan tertinggi keluaran Nintendo sejak Wii. Permintaan terhadap konsol ini adalah di luar dari jangkaan dan di Jepun jumlah jualannya lebih pantas berbanding PlayStation 4. Beberapa pemilik mula melaporkan masalah baru selepas konsol digunakan selama beberapa minggu.

Konsol mudah alih ini didapati melengkung kerana panas selepas dimasukkan ke dalam dok TV. Apabila dimasukkan ke dalam dok, panel belakang menjadi lebih panas berbanding panel hadapan sehingga menyebabkan konsol melengkung. Pemilik tidak dapat melakukan apa-apa selepas ini berlaku kerana kerangka plastik konsol tidak boleh dikembalikan semula kepada bentuk asal.


TIPS & ULASAN