Cari @ Amanz

Akses internet pada hari ini seperti telah menjadi salah satu keperluan asas, malah lebih banyak info dan kandungan yang disampaikan melalui arena internet berbanding media cetak. Disamping itu, pengguna juga boleh mempelajari pelbagai perkara dan ilmu baru dengan akses tanpa sempadan yang ditawarkan oleh arena internet.

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengatakan mereka komited dalam merealisasikan hasrat untuk memastikan sekurang-kurangnya 95% dariapda rakyat Malaysia emmpunyai akses internet menjelang tahun 2020 kelak.

Berkongsi statisik semasa, kini sekitar 94% rakyat Malaysia di Semenanjung sedia mempunyai akses kepada internet, tetapi di Sabah dan Sarawak ia masih rendah.

Beberapa program sedia diadakan oleh kerajaan untuk memperluaskan penawaran akses internet pada hari ini, termasuk mengalakkan penawaran pakej telekomunikasi khusus, program eUsahawan, Pusat Internet 1Malaysia dan beberapa yang lain. Mungkin kita akan melihat kempen lebih luas dilakukan dikawasan luar bandar dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd