Apple Akan Berhenti Gunakan PowerVR – Bakal Membangunkan Cip Grafik Mereka Tersendiri

Apple Akan Berhenti Gunakan PowerVR – Bakal Membangunkan Cip Grafik Mereka Tersendiri

Diterbitkan pada Apr 3, 2017 oleh .

Cip grafik PowerVR keluaran Imagine Technologies telah digunakan pada peranti iPhone sejak dari generasi pertama. Berita mengejutkan hari ini ialah Apple akan menghentikan penggunaan cip grafik PowerVR dalam masa dua tahun. Ini adalah tamparan hebat buat Imagine kerana Apple adalah antara pelanggan utama mereka. Selain iPhone, cip grafik PowerVR turut digunakan pada iPad dan Apple Watch.

Peralihan pihak Apple ini semestinya memberikan tamparan hebat kepada pihak Imagination, kerana Apple sendiri menyumbang sekitar separuh daripada pendapatan mereka.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple kepada pihak Imagination, mereka menghentikan penggunaannya kerana syarikat Apple sendiri sedang membangunkan rekaan grafik tersendiri untuk digunakan pada produk mereka. Sekiranya perkara ini benar, maka kita mungkin akan melihat cip akan datang Apple dibawah siri-A menggunakan CPU dan GPU yang direka sepenuhnya oleh Apple.

Perkara ini juga akan membolehkan Apple lebih mengoptimasikan perisian dan menjadikan produk mereka lebih baik tanpa bergantung kepada pihak ketiga.

Apple buat masa ini memegang sekitar 8% daripada syarikat Imagination Technologies, dan pernah berbincang untuk pengambil-alihan sebelum ini.


TIPS & ULASAN