MSI Memperkenalkan Siri Kad Grafik MSI GTX 1080 Ti Seahawk – Kad Grafik Dengan Penyejuk Cecair Dari Corsair
MSI

MSI Memperkenalkan Siri Kad Grafik MSI GTX 1080 Ti Seahawk – Kad Grafik Dengan Penyejuk Cecair Dari Corsair

Diterbitkan pada Apr 3, 2017 oleh .

Nampaknya kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti yang menggunakan teknologi penyejukan cecair semakin menular sekarang, dan MSI juga kini baru sahaja mengumumkan kad grafik MSI GTX 1080 Ti Seahawk yang menggunakan teknologi penyejukan cecair.

Kad grafik MSI Seahawk ini menggunakan penyejuk cecair Aero yang direka dengan usaha-sama Corsair menggunakan penyejuk cecair Corsair H55 yang diubahsuai untuk dimuatkan kepada kad grafik NVIDIA GTX 1080 Ti ini.

Selain daripada penyejuk cecair MSI Aero tersebut, kad ini juga menggunakan kipas peniup dengan rekabentuk yang hampir serupa dengan rekabentuk rujukan yang digunakan oleh NVIDIA.

Dari segi port pula, kad grafik siri MSI Seahawk ini mempunyai tiga DisplayPort, satu port HDMI dan satu port DVI. Dalam pada itu, sama dengan kad grafik asas GTX 1080 Ti, model dengan penyejuk air ini menggunakan penyambung kuasa PCIe 6+8 pin.

Menurut MSI, ada dua kad siri Seahawk ini yang diumumkan, termasuklah MSI GTX 1080 Ti Seahawk dan Seahawk X. Bagi kad yang pertama, cip pemprosesan grafiknya mempunyai kelajuan asas 1506MHz, dengan Boost Clock selaju 1620MHz, manakala kad grafik Seahawk X mempunyai kelajuan asas 1569MHz dengan kelajuan Boost Clock 1683MHz.

Buat masa ini, pihak MSI masih belum mengumumkan sebarang butiran mengenai harga ataupun ketersediaan kad grafik ini.


TIPS & ULASAN