Cari @ Amanz

Netflix pada hari ini merupakan salah satu perkhidmatan penstriman popular untuk pelbagai rancangan televisyen dan juga filem. Mereka sebelum ini sedia memperkenalkan sokongan muat-turun untuk tontonan tanpa internet di Android dan iOS. Kini, sokongan sama turut diperluaskan kepada pengguna Windows.

Netflix Windows 10

Bagi para pengguna Windows 10, anda kini boleh turut memuat-turun kandungan ke komputer riba atau telefon pintar Windows anda melalui aplikasi Netflix ini, dan menontonnya tanpa memerlukan talian internet.

Seperti biasa, ia terhad untuk memainkan video berkenaan melalui aplikasi Netflix sahaja, dan bukannya melalui pemain media lain. Semua muat-turun akan dipaparkan pada bahagian My Downloads pada aplikasi Netflix.

Netflix Windows 10

Netflix Windows 10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd