SKMM Mengeluarkan Rangka Kerja Panduan Untuk Menyelarikan Piawaian Bandar Pintar

SKMM Mengeluarkan Rangka Kerja Panduan Untuk Menyelarikan Piawaian Bandar Pintar

Diterbitkan pada Apr 3, 2017 oleh .

Bandar pintar atau Smart Cities semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, malah ramai pembangun hartanah telah mula menyertakan beberapa elemen pada pembangunan bandar baru. Melalui sasaran UN (United Nation), lebih 60% daripada penduduk global dijangka akan tinggal di bandar menjelang 2030 kelak.

Kini dalam usaha untuk menyeragamkan usaha pembangunan tersebut, pihak SKMM bersama-sama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTFSB) telah mengeluarkan panduan untuk piawaian pembangunan bandar pintar – terutamanya berkaitan dengan informasi dan komunikasi.

Dengan menyeragamkan dan selarikan ia dengan pembangunan bandar pintar lain sekitar Malaysia, ia sekaligus akan memudahkan lagi proses komunikasi, selain meningkatkan kadar kecekapan dalam arena perkhidmatan dan operasi. Pada masa yang sama, ia juga dijangka meningkatkan kualiti hidup pengguna dan juga untuk generasi akan datang.

Bagi anda yang terlibat dalam arena pembangunan bandar pintar, anda boleh menyemak rangka kerja panduan yang diterbitkan oleh SKMM ini, dan menggunakannya dalam usaha menyelarikan integrasi antara badan kerajaan dan swasta – termasuk industri, agensi dan sebagainya.

Muat-Turun Guideline: Framework On Smart Cities Standardisation In Relations To Information And Communications (PDF)


TIPS & ULASAN