Kini, Lebih Ramai Mengakses Internet Menggunakan Peranti Android Berbanding Windows

Kini, Lebih Ramai Mengakses Internet Menggunakan Peranti Android Berbanding Windows

Diterbitkan pada Apr 4, 2017 oleh .

Sebelum ini, ramai yang menggunakan komputer desktop atau komputer riba untuk mengakses internet – sekaligus membuatkan peranti yang paling tinggi digunakan untuk mengakses internet adalah peranti berasaskan sistem operasi Windows.

Walaubagaimanapun, kini buat pertama kalinya perkara berkenaan berubah, dan Android kini mendahului sebagai peranti yang paling tinggi digunakan ramai untuk mengakses internet. Angka ini dikeluarkan oleh salah satu syarikat analisa terkemuka, Statcounter.

Android vs Windows

Perkara ini mungkin sedia dijangka oleh beberapa pihak. Ini adalah kerana komputer berasaskan Windows sedia digunakan ramai diperingkat perusahaan dan juga negara maju, serta membangun. Walaubagaimanapun, untuk pengguna baru dan dari negara-negara membangun, mereka lebih kepada menggunakan telefon pintar sebagai satu-satunya “komputer” mereka, dan melakukan pelbagai tugasan menggunakannya.

Trend ini sangat popular di Asia, membuatkan peranti bersaiz besar sangat popular di sini.

Pada masa kini, Windows masih mendominasi arena desktop dan PC seluruh dunia, tetapi jikalau dilihat dari segi penggunaan peranti mudah-alih, Android mendahului jauh dihadapan pelbagai pesaing, dan sekitar lebih 90% telefon pintar dipasaran hari ini adalah berasaskan kepada Android


TIPS & ULASAN